Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Atlet sambut baik pelantikan semula Manshahar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-muhd-fazri-wan-zahari,.jpg
Atlet 800 meter kebangsaan, Wan Muhd Fazri Wan Zahari, menyambut baik kepulangan semula Manshahar Abdul Jalil sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan, menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand.

Menurutnya, nama manshahar bukan lagi asing buat barisan atlet olahraga negara memandangkan dia pernah memegang jawatan itu sebelum ini dan berjaya membentuk asas yang kukuh kepada pembangunan skuad kebangsaan.

Dalam tempoh itu juga, dia dikenali kerana pendekatan berasaskan data dan prestasi, serta penekanan terhadap kekuatan mental dan fizikal selain memastikan kebajikan atlet sentiasa menjadi keutamaan.

Meskipun baki enam bulan sebelum temasya dwitahunan itu adalah satu masa yang kritikal, tetapi dia percaya kehadiran jurulatih yang mesra dipanggil 'Coach Man' itu pasti mampu mencipta magis sesuai dengan misi getir kem olahraga negara.

"Manshahar sudah biasa dengan sistem olahraga di Malaysia. 

"Saya dapat rasakan sesuatu yang positif menerusi ketenangannya dalam berunding. 

"Dia banyak menawarkan kebajikan kepada atlet sendiri," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video