Ketua pasukan skuad kriket lelaki negara, Ahmad Faiz Mohammad Noor, mahu segera melupakan kenangan pahit dalam Kejohanan Liga Kriket Dunia (WCL) 2017 di Kampala, Uganda selepas menamatkan cabaran di tangga tercorot dalam saingan divisyen tiga.
Kekalahan itu menyaksikan pasukan negara bakal tersingkir ke divisyen empat dalam saingan tahun hadapan selepas tempoh empat tahun.
Menurut Faiz, mereka cukup kecewa dengan prestasi ketika dalam kejohanan tersebut selepas hanya mampu menang dalam pertemuan menentang Kanada dalam kesemua lima perlawanan.
Kekecewaan Faiz amat jelas, terutama selepas gagal menumbangkan seteru utama dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan, Singapura.
"Kalau diikutkan, kebiasaannya pertemuan dengan Singapura akan seimbang.
"Ada baiknya kami tewas dalam WCL di tangan Singapura, jadi kami akan melakukan persediaan rapi untuk mengelakkan perkara sama berulang," ujarnya.
Sementara itu, ketua jurulatih, Bilal Asad, mahu pemain menjadikan platform Sukan SEA sebagai medan kebangkitan untuk menebus kekalahan kepada Singapura.
Dia tidak menyalahkan pemain semata-mata, namun mengakui nasib tidak memihak pasukannya dalam beberapa perlawanan.
"Kami masih memiliki kira-kira dua bulan untuk bangkit," kata Bilal.
"Beberapa pemain berpengalaman mampu membantu pasukan dalam usaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada," tambahnya.