Setiausaha Agung, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, tidak menolak kemungkinan silat akan kembali disenaraikan sebagai salah satu acara dalam Sukan SEA 2019 di Manila.
Menurutnya, silat kini adalah antara sukan paling popular di rantau ini dan tindakan Filipina untuk mengetepikan sukan itu pasti sukar diterima negara-negara lain, bukan sahaja Malaysia.
Malah, Persatuan Silat Filipina sendiri turut meminta majlis Olimpik mereka untuk kembali menyenaraikan silat dalam temasya dwi-tahunan itu.
"Kalau kita tengok, kali ini di Manila mungkin 100 peratus penglibatan negara Asia Tenggara, termasuk Timor-Leste. Dalam Sukan SEA 2017 pun, Timor-Leste hantar pesilat mereka.
"Jadi, sukan silat ini adalah sukan yang popular di Asia Tenggara," katanya.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain akan ke Manila dalam masa terdekat untuk menilai tahap terkini pesilat negara yang sedang menjalani latihan di sana untuk menghadapi Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Beliau amat menekankan prestasi terkini atlet dan tidak menolak menggugurkan beberapa tonggak berpengalaman yang kini semakin hambar apabila mereka kembali ke tanah air pada hujung bulan ini.
"Saya serius apabila saya katakan tiada pilih kasih sebelum mereka menyertai Terbuka Belgium sebelum ini.
"Mereka mungkin fikir saya hanya pergi melawat di sana tetapi saya serius. Saya sudah tengok prestasi mereka di sana. Mungkin seorang, dua atau lebih akan digugurkan untuk Sukan Asia nanti," katanya lagi.