Harapan utama di Sukan SEA Vietnam terletak kepada pemegang rekod kebangsaan, Nauraj Singh, sementara seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Eizlan Dahlan, mula dipersiapkan untuk mengikut jejak Lee Hup Wei sebagai sang juara.
Dua atlet negara itu menjadi sandaran untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi Hup Wei pada Sukan SEA Filipina 2019.
"Bagi acara lompat tinggi, semua berpeluang di mana Nauraj juga berpeluang dan atlet negara lain juga berpeluang jadi kita akan lihat pada hari pertandingan tersebut siapa yang lebih baik dialah yang akan memenangi pingat emas," kata Manshahar ketika ditemubual Nadi Arena.
Eizlan tampak perlu diberikan masa, dengan lebih banyak pendedahan untuk konsisten ke temasya lebih besar seperti Sukan Komanwel, Asia mahupun Sukan Olimpik.
Namun, ia bukan perkara mustahil kerana kepakaran Hup Wei sudah pasti dapat membantu Eizlan jika bekas pemenang empat emas Sukan SEA itu sah menyertai barisan kejurulatihan olahraga negara.
"Saya berasakan dia (Hup Wei) boleh jadi jurulatih lebih bagus daripada jurulatih lain di sini sebab kemesraan dia walaupun dia baru dalam bidang ini tapi dia sangat akrab dengan atlet baru jadi kami berasakan dia boleh bagi impak kepada atlet masa depan negara," kata jurulatih lompat kijang negara, Ahmad Firdaus Salim.
Sementara itu, bagi mengenang jasa jaguh lompat tinggi negara, Hup wei, Majlis Sukan Negara (MSN) akan melantiknya menjadi jurulatih pelapis negara.
Hup Wei dijangka melapor diri bulan depan dan kembali bekerjasama dengan bekas jurulatihnya, Alexander Gasparyan, yang kekal bersama skuad senior.
Setakat ini, tiada sebarang ketetapan berapa atlet muda yang akan diletakkan di bawah jagaan Hup Wei.
Namun Hup Wei mungkin bertindak sebagai pemantau dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) September nanti, dalam menapis bakat baru acara lompat tinggi.