Dengan hanya mendapatkan info mengenai butiran permainan dalam acara berpasukan seminggu sebelum temasya bermula menjadi punca skuad e-sukan Attack Online 2 tidak dapat meraih pingat emas hari ini.
Dalam aksi final di Nagaworld and Olympia Mall, Phnom Penh itu, Kemboja, jelas memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah dan kelihatan bersedia untuk meraih kemenangan 3-0.
Malaysia, yang diwakili Hariq Izzat Amirul, Iqbal Harun, Reydza Pyar Dasha, Shah Rullah Muadzah, Fazrul Izwan dan Syahmi Aiman, cuba untuk mengheret perlawanan dalam pusingan ketiga tetapi segala yang diusahakan mereka menemui jalan buntu, sekali gus akur membawa pulang pingat perak.
Pingat gangsa pula menjadi milik Thailand dalam acara yang hanya disertai tiga negara itu.
Shah Rullah berkata kepada Astro Arena: "Terlebih dahulu, saya mahu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat pingat emas.
"Kami sudah melakukan yang terbaik dan benar-benar memohon maaf.
"Bagi saya, kelebihan mereka adalah daripada segi peta kerana ada peta yang kami dapat tahu lambat dan tidak cukup masa untuk menyesuaikan diri.
"Daripada segi senjata pula, tiga minggu sebelum temasya, kami berlatih menggunakan senjata lain dan tiba-tiba, seminggu sebelum bermula, ada pula senjata lain.
"Kami terkejut dan perlu mengubah strategi," katanya.