Skip to main content

Hoki

Pakar pukulan sudut penalti negara enggan bertemu Belgium, Belanda

Cholan

Pakar pukulan sudut penalti negara, Syed Syafiq Syed Cholan, mengharapkan agar tuah memihat kepada Malaysia menjelang undian Piala Dunia Hoki yang akan berlangsung malam ini.

Katanya, harapan besar untuk mengelakkan pertemuan awal dengan kuasa besar dunia seperti Belgium dan Belanda di peringkat kumpulan.

Advertisement

Syed Syafiq berkata kedua-dua pasukan itu memiliki kualiti dan pengalaman yang tinggi, justeru dia mengharapkan laluan yang lebih seimbang akan memberi ruang kepada The Speedy Tigers untuk mencari momentum dalam kejohanan dunia itu.

"Belgium dan Belanda sangat berbahaya.

"Jika boleh dielak, ia lebih baik.

"Namun, jika diundi dalam satu kumpulan, kami harus bekerja keras," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Husna Zainudin.

Dalam masa sama, dia turut melihat perkembangan positif dalam pasukan selepas aksi kelayakan sebelum ini, apabila skuad kendalian sarjit singh semakin serasi dengan pendekatan taktikal baharu yang diterapkan barisan kejurulatihan.

Namun, dia menegaskan bahawa cabaran utama kini adalah untuk kekal konsisten sepanjang minit selepas melihat rakan sepasukan sebelum ini hanya mampu bertahan dalam tempoh separuh masa sahaja.

"Kami perlu konsisten untuk tempoh 60 minit supaya pergi lebih jauh," tambahnya.

Must Watch Video