Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL Premier: Selangor Pistons ke separuh akhir, calar reputasi NS Antlers

ll
Advertisement

Kejutan berlaku CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Premier Grand Prix (GP) Melaka  apabila trio muda Selangor Pistons mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan barisan berpengalaman Negeri Sembilan Antlers.

Namun, mereka mereka perlu mengatasi rintangan pasukan tuan rumah, Melaka Titans, untuk peluang pertama musim ini raih slot ke final esok.

Advertisement

perlawanan yang cukup sengit dipamerkan Antlers yang membariskan Haziq Nizam selaku tekong, Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam).

Pistons pula mempertaruhkan Anuphat Chaipen selaku tekong, Arif Badri (pengumpan) dan Adrian Haziq (pelibas).

Advertisement

Antlers terlebih dulu menerajui set pertama sebelum pistons bangkit menyamakan kedudukan dan giliran mereka pula memimpin perlawanan 7-4.

Situasi itu memaksa Antlers menggantikan Haziq dengan Siwatbancha Seekha, namun masih belum mampu mengekang kemaraan Pistons yang menang 15-11.

Antlers bangkit dan tidak banyak melakukan kesalahan dalam set kedua, ditambah dengan rejaman Hafizul yang sukar untuk dipatahkan untuk kemenangan 15-10.

Set ketiga makin menarik, Antlers yang terlebih dulu mendahului gagal mempertahankan kelebihan itu dan sedikit demi sedikit Pistons mengejar, hingga kedudukan terikat 11-11 sebelum Pistons mengecapi kejayaan 15.12.


Dalam satu lagi aksi suku akhir membabitkan pertembungan di antara tuan rumah dan Kedah Eagles memihak Melaka Titans.

Skuad kendalian Zamzuri Abu Bakar itu terlebih dahulu memimpin perlawanan, namun kelebihan berkenaan dipintas apabila gandingan Azlan Alias, Syahir Rosdi dan Zaim Razali lebih unggul untuk memastikan set pertama menjadi milik mereka dengan keputusan 15-7.

Titans kemudian memberi tekanan kepada Eagles sebelum mencipta kemenangan 15-11.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video