Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad negara cipta kemenangan getir di hujung permainan

ll
Advertisement

Skuad B-16 Malaysia melalui detik yang mencemaskan sepanjang permainan sebelum mengotakan janji untuk memungut tiga mata ketika menundukkan Singapura 2-1 dalam kelayakan Piala Asia B-17 di Cheras, sebentar tadi.

Selepas tumpas kepada Palestin dalam aksi pertama Kumpulan E, barisan kendalian Shukor Adan itu tiada pilihan lain lagi untuk menghidupkan peluang.

Advertisement

Skuad Malaysia gagal mempertahankan jaringan awal Syaifullah Mahruzi pada minit ke-33 apabila membenarkan Izzan Rifqi Farid menyamakan kedudukan sekalipun mengasak hebat kubu lawan sejak awal permainan.

Malaysia hampir saja mendapat jaringan kedua di pertengahan 45 minit seterusnya, namun kali ini percubaan Syaifullah terkena tiang pula walaupun penjaga gol, Ilhan Hady sudah tertewas!

Advertisement

Ketua pasukan pasukan remaja kebangsaan, Fareez Danial, hampir saja memberikan kelebihan tetapi tandukan yang dilakukan pada minit ke-82 tepat pula ke dakapan Hady untuk gawang Singapura terus selamat.

Akhirnya selepas berhempas pulas, Fahim Akmal berjaya jua mencetak gol kemenangan dicari-cari sebelum mereka menyambung perjuangan bertemu Guam, Selasa depan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video