Muhammad Afiq Mohd Taib membuktikan kecemerlangan dalam karate bukan penghalang kepada dirinya menyertai Kejohanan Orienteering Pekak 2026.
Afiq percaya sukan orienteering mampu meningkatkan keyakinan dan fokusnya untuk tampil lebih tajam dalam pergerakan karate.
Siapa sangka, atlet yang tiada pengalaman dalam sukan orienteering ini akhirnya mengukir sejarah di Negeri Sembilan dengan menjadi juara kategori terbuka lelaki middle distance.
Atlet dari Johor itu mencetuskan sensasi dengan mencatat masa 30 minit 2 saat, sekali gus membantu Johor memperoleh dua kejuaraan menerusi acara terbuka lelaki dan wanita pada hari terakhir kejohanan.
"Kesibukan pekerjaan di hotel membataskan rutin latihan.
"Dan sepanjang tiga hari lalu saya mengambil kesempatan untuk melakukannya.
"Walaupun berdepan saingan daripada peserta yang semuanya komited, saya dapat kekalkan momentum (untuk muncul juara)," katanya di Nadi Weekend hari ini.