Harimau Malaya menanggung kekalahan 0-2 kepada China, sebentar tadi, dan terpaksa menamatkan pertemuan persahabatan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, itu dengan 10 pemain.
Malaysia tenggelam dengan tempo pantas tuan rumah kendalian Shao Jiayi iyu dalam 20 minit pertama permainan.
Akibatnya baru sahaja menghelakan kelegaan apabila sepakan penalti kepada China dibatalkan selepas dirujuk video bantuan pengadil (VAR), namun gawang pasukan kebangsaan dihukum penyudah Wang Yudong pada minit ke-10 dan Zhang Yuning pada minit ke-19 gara-gara kelekaan di bahagian pertahanan.
Insiden panas tercetus menuju rehat babak pertama yang melibatkan aksi tolak menolak di bangku simpanan China berpunca daripada bola yang cuba dikeluarkan Dimonic Tan mengenai muka pemain lawan.
Dalam masa sama, beberapa kekasaran ke atas pemain Malaysia yang berlaku lebih awal di kubu lawan yang ditanggung Dion Cools dan Ramadhan Saifullah tidak mendapat pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin.
Tetapi sebaik keluar dari bilik persalinan, Malaysia menyusun permainan dengan lebih baik dan Tierney terus menjadi sasaran keputusan-keputusan yang tidak memihaknya.
Tambahan pula, jaringannya dari luar kotak penalti dibatalkan pengadil kerana dianggap ofsaid, sedangkan sentuhan terakhir dilakukan pemain lawan.
Kemuncaknya, penyerang PAC Omonia di Cyprus itu kemudian terbabit dengan satu lagi kekasaran dalam situasi menyerang hingga dilayangkan kad kuning kedua.
Bagaimanapun, ia tidak mengubah pendahuluan 2-0 China yang kekal hingga wisel penamat.