Kontroversi melanda pemilihan pelari untuk kuartet 4x100 meter wanita dalam Sukan SEA Hanoi, yang bermula 12 hingga 23 Mei depan, berikutan ketiadaan nama pelari dengan catatan terbaik hingga mengundang perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Faizal menegur Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan mengingatkan pentadbir dan pemimpin sukan tentang tanggungjawab mereka dalam memilih atlet terbaik.
Sebelum ini, KOM difahamkan menyenaraikan beberapa nama untuk kuartet 4x100 wanita ke Sukan SEA antaranya Zaidatul Husniah, Nor Sarah, Azreen Nabila, S Komalam dan Siti Fatimah Mohammad.
Justeru, pemenang pingat gangsa 4x100m Sukan SEA 2015, Siti Fatimah berharap isu yang timbul dalam kem olahraga dapat segera diselesaikan dengan baik demi keharmonian pasukan menggalas cabaran Jalur Gemilang di Vietnam.
Menerusi temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, atlet berusia 36 tahun itu juga berkongsi persiapannya menjelang ke temasya berkenaan dalam tempoh kurang dua bulan.
"Saya difahamkan akan ditempatkan dalam barisan simpanan, saya tiada apa masalah dengan acara ini.
"Saya memang bersedia untuk negara, pikul nama negara. Kalau KOM dan Majlis Sukan Negara pilih saya, saya akan berusaha.
"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan tenang.
"Masing-masing ada pandangan. Biarlah orang atasan yang selesaikan," katanya pemenang pingat emas 4x100m Terbuka Singapura dan Terbuka Thailand 2017 itu.
Berdasarkan situasi semasa, terdapat empat pelari yang menghasilkan catatan bawah 12 saat iaitu Zaidatul Husniah Zulkifli (11.62s), Nor Sarah Adi (11.89s), Azreen Nabila Alias dan Fatin Ilyana Mat Nayan (11.97s) .
"Saya tidak mencapai sasaran peribadi dalam Terbuka Kuala Lumpur sebelum ini.
"Saya mahu perbaiki lagi larian saya di selekoh dan ketahanan.
"Kalau boleh saya mahu menghampiri rekod Malaysia (45.18s) kerana sekurang-kurangnya ia boleh bantu kami raih pingat dalam Sukan SEA," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Faizal berkata tidak berniat untuk campur tangan dalam pemilihan atlet olahraga oleh KOM tetapi terpanggil untuk mengingatkan badan pentadbir itu mengenai amanah mereka.
Menurut Faizal, prestasi terbaik terkini seharusnya menjadi ukuran utama untuk pemilihan atlet-atlet ini ke temasya dwitahunan itu.
Walaupun memahami bahawa pemilihan atlet di bawah kategori B adalah dalam bidang kuasa persatuan sukan kebangsaan, semua pihak tidak seharunys lari daripada prinsip pemilihan harus bersandarkan kepada merit pencapaian.
Sekiranya persatuan sukan kebangsaan mempunyai strategi tertentu di sebalik pemilihan seseorang atlet, ia patut diperjelaskan kepada atlet dan umum supaya dapat mengelak salah faham dan timbulnya pelbagai spekulasi tidak enak.
Seterusnya Faizal berharap KOM dan semua persatuan sukan kebangsaan memperhalusi semua aspek ini dan mengambil keputusan terbaik demi kejayaan kontinjen Malaysia.