SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Pingat penawar duka buat Sydney
Atlet wusyu negara, Sydney Chin, menghadapi detik pahit terlebih dahulu sebelum mencipta kejutan meraih pingat pertamanya.
Sebelum membuat kemunculan keduanya dalam temasya ini, atlet berusia 23 tahun itu kehilangan ibu tercinta sehari sebelum berlepas ke Vietnam disebabkan serangan jantung, tetapi Sydney membawa semangat ibunya ke gelanggang sehingga meraih pingat gangsa, sebentar tadi.
Sydney mengutip 9.68 mata dan hanya dibezakan satu mata berbanding pemenang perak, Agatha Chrystenz, dari Filipina sementara pingat emas dimiliki Indonesia dengan 9.71 mata.
Iklan
"Ketika itu saya berada di MSN (Majlis Sukan Negara), bapa sampaikan berita ibu meninggal dunia. Jadi MSN uruskan kepulangan saya ke Melaka. Selepas itu saya ditanya jurulatih sama ada masih mahu beraksi dalam Sukan SEA atau tidak.
“Saya beritahu mahu beraksi di Hanoi dan saya gembira dapat meraih gangsa. Saya dedikasikan pingat ini kepada ibu dan percaya dia akan erbangga dengan kejayaan ini," katanya. Dalam pada itu, pemenang emas pertama skuad wusyu, Clement Ting belum pasti sama ada akan dibenarkan beraksi dalam acara terakhirnya ataupun tidak.
Dia tidak bernasib baik apabila pedang yang digunakannya ketika beraksi dalam acara daoshu patah.
Kutipan mata dalam acara daoshu akan digabungkan dengan gunshu bagi menentukan pemenangnya.
Must-Watch Video