Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Haiqal sedia rampas semula gelaran raja pecut Asia Tenggara

haiqal-hanafi.jpg
Menuju Sukan SEA 2023 -- kem olahraga kini jadi bualan hangat susulan hasrat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk memanggil pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi ke temasya dwi tahunan itu -- namun ditolak kerana atlet tersebut kekal dengan pendirian untuk fokus kejohanan di Amerika Syarikat.

Demi memacu kejayaan di Kemboja, pelari pecut negara menyambut baik cadangan latihan pusat di Australia yang bakal menyaksikan anak didik Md Poad Kassim itu beraksi dalam tiga kejohanan kompetitif sebelum ke Kemboja.

Taruhan terbaik pelari pecut negara ketika ini disandang, Haiqal Hanafi yang mencipta sensasi tersendiri suatu ketika dahulu, memenangi acara reben biru pada 2019 di Filipina -- dan Haiqal komited mengembalikan prestasi kegemilangannya.

Malah pelari berusia 24 tahun itu, tidak akan tertekan malah sedia menggalas tanggungjawab selaku pelari pecut utama negara dalam misi memecahkan dominasi Thailand dalam acara 100 dan 200 meter.

"Sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama beraksi di pentas Eropah. Sebelum ini hanya ke sana untuk berlatih dan kali akan memperoleh satu pengalaman yang baru," kata Haiqal.

"Saya berharap ia akan digunakan persiapan terbaik untuk ke Sukan SEA. Tiada apa yang mustahil di Kemboja nanti, apa-apa sahaja boleh berlaku dan sasaran saya adalah memperoleh pingat emas untuk negara."

Advertisement

Must Watch Video