Atlet wusyu negara, Sydney Chin, tidak ingin menghampakan keputusan barisan jurulatih apabila buat kali pertamanya terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Wusyu Dunia dan Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
Menyertai skuad wusyu kebangsaan sejak 2016, Sydney terpilih untuk saingan di Shanghai, China, dari 20 hingga 23 Oktober, serta Sukan SEA 2019 setelah meyakinkan barisan jurulatih ketika sesi pemilihan, kelmarin.
Walaupun bakal membuat penampilan pertama, atlet berusia 20 tahun berkenaan bertekad membuktikan keputusan barisan jurulatih tidak silap memilihnya untuk menyinar dalam dua kejohanan tersebut.
"Saya sangat gembira terpilih dan akan cuba memberikan aksi terbaik.
"Saya berharap untuk beraksi baik dalam dua acara selain dapat menambat hati juri," ujarnya.
Ketua jurulatih negara, Lim Yew Fai, yakin atlet yang terpilih merupakan tonggak terbaik negara berdasarkan prestasi masing-masing dalam sesi pemilihan.
"Saya gembira dengan sesi pemilihan kerana tidak banyak kesilapan dilakukan atlet negara, bahkan persembahan mereka mendapat pujian pengadil.
"Saya harap mereka dapat kekalkan prestasi dan semakin memberangsangkan," katanya.
Dalam Sukan SEA 2017, skuad negara meraih enam pingat emas daripada 17 pingat emas yang ditawarkan.