Olimpian badminton, Datuk Razif Sidek, berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memantau rapi perkembangan proses pemulihan lutut kanan Man Wei Chong.
Ia berikutan Wei Chong dan gandingannya, Tee Kai Wun, sah terlepas tiga kejohanan utama iaitu Masters Malaysia sebagai juara bertahan, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia yang mampu menawarkan mata penting bagi menaikkan ranking mereka.
Advertisement
Gandingan tersebut harus kembali dengan jiwa besar kerana kecederaan merupakan antara duri dalam daging yang sentiasa perlu dihindari sebaik mungkin oleh setiap pemain kerana ia mampu menjejaskan karier.
"Saya agak terperanjat dengan tahap kecederaannya hingga memaksanya terlepas tiga kejohanan.
"Kecederaannya harus dilihat secara serius kerana beregu negara ada permainan tahap yang tinggi.
"Ia juga akan menjejaskan mata ranking dunia mereka jadi BAM perlu teliti dengan kecederaannya," katanya di Nadi Arena.