Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Buriram ranapkan impian JDT ke final dalam masa tambahan

jdt

BURIRAM 1 JDT 2 
(Buriram mara dengan agregat 4-3)

Mendebarkan dan penuh dramatik sepanjang 120 minit sebelum hajat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk ke perlawanan akhir Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) diranapkan Buriram United biarpun mencatat kemenangan dalam kunjungan ke tempat lawan buat julung kalinya. 

Advertisement

Slot terakhir yang menjadi penentu untuk gelaran 'King of ASEAN' itu berlangsung dengan penuh debaran sebentar tadi, yang menyaksikan Harimau Selatan mendahului 2-0, apatah lagi tuan rumah hilang dua pemain akibat kad merah, namun hanya mendapati mereka tetap tersingkir dengan agregat 4-3.

Ternyata, kekalahan 1-3 di Stadium Sultan Ismail (SSI) minggu lalu kembali menghantui mereka.

 

 

 

Kingsley Schindler menjadi watak pemusnah harapan JDT dengan jaringannya pada masa tambahan kembali meletakkan Buriram mendahului secara agregat tatkala gawang mereka dirobek oleh Bergson da Silva menerusi sepakan penalti sebelum jaringan Marcos Guilherme pada minit ke-62 menyusul.

 

Must Watch Video