Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan penggantungan Persatuan Petanque Malaysia (PPM) oleh badan dunia tidak akan menjejaskan penyenaraian atlet negara ke Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Difahamkan, PPM digantung oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) kerana mempunyai konflik masalah dalaman oleh exco terdahulu pimpinan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim.
PPM setakat ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan, namun di pihak MOM, mereka sedia membantu persatuan tersebut dengan memberikan slot di bawah MOM bagi membenarkan atlet petanque bertanding dalam temasya dwitahunan itu, hujung tahun ini.
"Kami sudah menerima surat yang menyatakan PPM akan digantung dalam semua kejohanan.
"Tetapi dalam Sukan SEA, masalah persatuan tidak perlu ditanggung atlet.
"Kami telah mengesahkan penyertaan atlet petanque menerusi tiket di bawah MOM, jadi tiada masalah untuk mereka menyertai Sukan SEA," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib.
Peruntukan slot itu bukanlah sesuatu yang asing dengan MOM pernah membantu Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) yang mengalami masalah di peringkat pucuk pimpinan dengan membantu atlet badan induk itu bersaing dalam kejohanan luar.
Ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad petanque negara berjaya menyumbangkan dua pingat emas menerusi Muhamad Hafizuddin Mat Daud dalam acara perseorangan lelaki serta gandingan Saiful Bahri Musmin dan Syed Akmal Fikri Syed Ali bagi acara beregu lelaki.
.
"Kami masih berbincang dengan PPM dan memandangkan mereka juga di bawah MSN, kami juga menerima nasihat daripada MSN dalam penyenaraian atlet yang boleh membawa pingat buat negara," katanya lagi.