Timbalan Chef-de-Mission (CDM) negara, Ahmad Faedzal Md Ramli, menganggap masalah trafik di Manila lebih menimbulkan kegusaran berbanding venue yang belum disiapkan menjelang Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Ahmad Faedzal yang turut mengikuti lawatan ke Filipina baru-baru ini mengesahkan beberapa venue di Kluster Clark akan siap sepenuhnya pada 31 Ogos depan.
Namun, trafik yang sesak di Manila lebih memberi kebimbangan kepada semua negara yang terlibat dengan Sukan SEA 2019.
Beliau bersama-sama CDM negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, dan Timbalan CDM, Nurul Huda Abdullah, telah membangkitkan isu ini ketika lawatan berkenaan supaya tuan rumah mampu membuat persiapan rapi.
"Saya sendiri melihat seramai 8,000 pekerja yang bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk menyiapkan kompleks sukan di Kluster Clark, perkampungan dan stadium olahraga.
"Terdapat kegusaran dengan persediaan di Manila berhubung cabaran aturan dan pengurusan trafik di sana," katanya di Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN), Bukit Jalil, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Faedzal turut menjelaskan Institut Sukan Negara (ISN) kini sedang berusaha bagi memastikan atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong, dapat kembali beraksi secepat mungkin.
"Dia masih dalam proses rawatan dan saya pasti pakar kami sedang cuba berikan yang terbaik untuk membantu beliau kembali (beraksi)," tambahnya.