Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, mendapatkan khidmat beberapa peguam, termasuk dari luar negara, untuk menghadapi proses perbicaraan kes boikot dan doping dalam Kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok, Rabu depan.
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah bersiap sedia untuk menghadapi Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Bangkok.
Badan induk itu mendapat pandangan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dan beberapa peguam luar negara, termasuk yang pernah mengendalikan kes berprofil tinggi bintang sukan negara.
"Saya berkeyakinan penuh bahawa peguam-peguam ini tidak mencari populariti. Mereka tidak mencari publisiti.
"Hujah-hujah yang kami berikan kepada ISTAF adalah hasil nasihat daripada peguam di dalam dan luar negara," katanya.
Skuad negara menghadapi dua pertuduhan selepas menarik diri daripada final Piala Raja Thai, Oktober lalu.
Pertama, kerana memboikot aksi final selepas regu pertama tewas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan kedua, kerana dikatakan enggan menjalani ujian doping.
Dalam perkembangan sama, Ahmad yakin kes itu tidak menjejaskan penganjuran acara sepak takraw Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Saya tidak nampak ruang mengapa PSM perlu dikenakan tindakan.
"Kalau kami dikenakan tindakan, isu ini tidak akan habis.
"Tapi saya yakin benda itu tidak akan timbul kerana selepas dua bulan, PSM tidak menerima sebarang surat tuduhan atau apa-apa.
"Setakat ini, tuduhan hanya dikenakan terhadap pemain dan juga pegawai."