Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Paralimpik 2020: Ridzuan rela korban masa bersama keluarga

ridzuan-puzi.jpg
Atlet para elit negara, Mohamad Ridzuan Puzi, sedia mengorbankan masa demi mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik yang dimenangi pada 2016 dalam temasya Tokyo 2020 dengan membawa status sebagai Atlet Para Terbaik Asia 2018.  

Peningkatan umur Ridzuan menjadi cabaran buatnya untuk mengekalkan prestasi dan momentum dalam misi mempertahankan kelayakan dalam edisi di Tokyo nanti. 

Namun, atlet berusia 32 tahun itu bersedia memberi komitmen penuh dalam latihan walaupun terpaksa mengurangkan cuti untuk memberi tumpuan kepada matlamat utamanya. 

Kejayaan Ridzuan yang mencipta rekod dunia dan rekod para Asia dalam acara 100 meter lelaki T36 dalam Sukan Para Asia Jakarta, Oktober tahun lalu mengangkatnya selaku Atlet Para Lelaki Asia 2018. 

"Saya sedia menjalani latihan sepenuh masa dalam misi merangkul emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 walaupun terpaksa berkorban masa cuti saya sehingga tidak dapat pulang ke kampung berjumpa keluarga," katanya. 

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, turut bersedia menjadi tulang belakang anak buahnya itu dalam merealisasikan impian merangkul emas dalam Sukan Paralimpik 2020. 

"Dia tidak boleh terlepas latihan selama beberapa hari. Jika tidak, ototnya akan menjadi sedikit tegang. 

"Oleh kerana dia perlu berlatih, maka dia tidak dapat pulang ke kampung. 

"Tugas utama saya adalah membantunya memenangi emas berturut-turut untuk mempertahankan gelarannya di Tokyo," kata Jeganathan. 













 

Advertisement

Must Watch Video