Dua sasaran menjadi misi utama buat skuad berbasikal trek para negara dalam persiapan menghadapi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.
Momentum daripada persembahan cemerlang dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur tahun lalu mahu diteruskan skuad negara di Indonesia nanti.
Cabaran kali ini lebih sukar kerana beberapa kuasa utama Asia menjadi halangan.
Antara yang dalam sasaran sudah pasti pemburuan emas pertama bagi saingan berbasikal di samping satu slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menduduki kelompok enam pelumba terbaik menerusi kutipan mata keseluruhan.
Menurut jurulatih negara, Sallehuddin Mohd Noh, belum sampai masanya untuk membincangkan prospek emas kerana sasaran rasmi belum diumumkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
"Peluang kami akan memperbaiki pencapaian 2014.
"Insya-Allah kami dapat buat yang terbaik dengan menghantar lebih ramai atlet, iaitu seramai 15 orang berbanding 11, empat tahun lalu," kata Sallehuddin.
Secara keseluruhan, tiada lagi pertandingan buat pelumba negara dalam tempoh sebulan menuju ke Sukan Para Asia.
Begitupun, Sallehuddin percaya program sedia ada dapat terus membantu mereka untuk mencapai kemuncak prestasi bagi menampilkan persembahan lebih baik.
"Kami telah membuat persiapan awal.
"Kami cuma perlu mengekalkan stamina dan kecergasan atlet.
"Kami juga di landasan tepat untuk mendapatkan slot enam terbaik Asia untuk layak ke Sukan Paralimpik 2020," kata Salehuddin lagi.