Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kandas dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham lewat malam tadi.
Gandingan negara itu tewas secara set langsung 17-21, 18-21 kepada beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, sekali gus tidak dapat meneruskan kemaraan ke final.
Advertisement
Pun begitu, mereka melakar sejarah menjadi beregu wanita negara pertama layak ke separuh akhir kejohanan badminton tertua itu sepanjang tempoh 19 tahun ini.
Kali terakhir beregu wanita negara melakukannya adalah menerusi gandingan Chin Ee Hui-Wong Pei Tty pada 2007.
Biarpun kandas, mereka membawa pulang wang hadiah kemenangan bernilai AS$20,300 (RM80,000).