Anggota skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menerima cincin kejuaraan sebagai kenenangan menjuarai Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut.
Advertisement
Cincin itu diperbuat daripada platinum dan emas serta dihiasi batu permata seperti nilam dan berlian selain menampilkan elemen khas yang melambangkan pencapaian luar biasa kejuaraan liga ke-12 berturut-turut.
Harimau Selatan -- yang memenangi kesemua 18 perlawanan liga -- hanya memerlukan dua mata daripada baki enam perlawanan untuk sekali lagi mengesahkan kejuaraan dan pertemuan dengan DPMM, Sabtu ini, boleh menjadi kenyataannya.