Sepakan penalti pada penghujung perlawanan Lamine Yamal menyelamatkan Barcelona yang hampir dikecewakan Newcastle United dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan bergelut mencari gol pembukaan dalam babak pertama sehingga tampanan Harvey Barnes yang menerima hantaran Jacob Murphy memastikan Newcastle mendahului 1-0 pada minit ke-86.
Advertisement
Lamine Yamal.#UCL pic.twitter.com/aUtumlx5hl
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 10, 2026
Begitupun, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan pelawat selang empat minit kemudian selepas Dani Olmi dikasari dalam kotak penalti.
Lamine Yamal menyempurnakan penalti itu untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 di St. James Park sebelum aksi timbal balik nanti.
Sementara itu, dalam perlawanan lain menyaksikan satu lagi kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid, menewaskan Tottenham 5-2 di laman sendiri.
Draw. Not bad. pic.twitter.com/OPvrGZuZTy
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 10, 2026
Jaringan skuad Los Colchoneros hadir menerusi Marcos Llorente, Antoine Griezman, Robin Le Normand sementara dua gol lagi daripada Julian Alvarez.
Dalam aksi itu menyaksikan Igor Tudor yang percaturan Igor Tudor yang mempertaruhkan penjaga gol muda, Antonin Kinsky, memakan diri selepas bolos tiga gol dalam tempoh 20 minit sekali gus terpaksa digantikan dengan Guglielmo Vicario.