Skuad pelayaran melalui proses yang cukup lancar apabila muncul kumpulan atlet pertama negara yang tiba di Jepun.
Ia jauh berbeza dengan khabar angin yang melabel Sukan Olimpik Tokyo -- dari 23 Julai-8 Ogos ini -- menjadi edisi paling hambar dalam sejarah seperti dikongsikan pelayar, Nuraisyah Jamil, dengan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, hari ini.
"Ada pihak sukarelawan yang akan membantu kami.
"Prosesnya sangat lancar dan tidak bercampur dengan orang luar," kata pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 itu.
Dia dan Juni Karimah Noor Jamali akan bertanding dalam kategori International 470 wanita.
Sementara itu, jurulatih pelayaran negara, Mohd Affendy Abdullah, menyifatkan tuan rumah, Jepun, sebagai sudah bersedia dalam segala aspek untuk menyambut ketibaan lebih 10, 000 atlet dari seluruh dunia.
Malah, skuad negara bersiap sedia untuk memulakan sesi latihan pertama, Rabu depan, sebelum acara pelayaran membuka tirai di Pusat Pelayaran Enoshima, 25 Julai ini.
"Ketika kami sampai tadi, saya lihat ramai peserta yang sudah sampai, masing-masing sibuk membuat persediaan. Suasananya kelihatan seperti biasa.
"Kami akan berlatih selama empat hari bermula Rabu depan," kata jurulatih laser standard negara, Mohd Affendy Abdullah, dalam Nadi Arena.