Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjelaskan skim kesihatan khas yang turut melibatkan bekas atlet negara adalah bertujuan untuk meringankan beban Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).
Bekas atlet negara tidak terkecuali menerima skim kesihatan khas yang membabitkan rawatan pesakit luar dan di dalam hospital setaraf dengan kakitangan kelas dua kerajaan.
Jelas Syed Saddiq, skim tersebut berupaya meringankan beban Yakeb untuk saling melengkapi bagi membantu bekas atlet memandangkan Yakeb sebelum ini pernah berdepan masalah kewangan.
"Skim ini juga akan melengkapi Yakeb.
"Dalam pertemuan dengan Yakeb sebelum ini, mereka sering tekankan tentang masalah kewangan.
"Kalau mereka hanya bergantung kepada kerajaan, ia tidak masih tidak mencukupi memandangkan 55 peratus daripada dana Yakeb diperuntukkan untuk isu kesihatan semata-mata.
"Dengan demikian, kerajaan telah meringankan skim kesihatan Yakeb, malah tetap memperuntukkan RM3j kepada mereka," ujar Syed Saddiq ketika mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai rakan rasmi program kontinjen negara yang pertama menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan, (KBS) akan berbincang dengan Yakeb bagi memutuskan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk melaksanakan inisiatif tersebut.
Bagi atlet yang hanya sekali mewakili negara di pentas Asia Tenggara, khususnya membabitkan sukan baru seperti hoki dalam air, mereka akan melalui fasa penilaian sewajarnya terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan untuk menerima skim kesihatan berkenaan.
"Pada masa sama, kami akan membincangkan kedudukan sukan-sukan baru dalam satu jawatankuasa yang akan dibentuk untuk kami mengenal pasti sukan yang boleh disenaraikan.
"Kalau boleh, kami mahu menyenaraikannya sebanyak mungkin jenis sukan dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut," tambahnya.