Atlet ekuestrian negara tidak berdepan masalah pengangkutan untuk membawa kuda mereka yang kini berada di Eropah sebelum dihantar ke Indonesia bagi menyertai Sukan Asia di Jakarta dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Pengurus pasukan, Syed Omar Almohdzar, berkata paling penting ketika ini adalah memastikan tahap kesihatan kuda berkenaan berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke Jakarta.
“Kesemua lima atlet dan kuda berada di Eropah. Kita mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebentar tadi mengenai perjalanan kuda ke Jakarta. Setakat ini, semua berjalan lancar. Lima atlet ekuestrian akan mengambil bahagian dalam acara show jumping dan dressage dalam temasya sukan itu.
“Kami juga optimis atlet berpeluang menyumbang pingat dalam Sukan Asia kali ini,” katanya selepas pertemuan dengan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, serta wakil Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Wisma OCM, hari ini.
Syed Omar, yang juga pemenang pingat perak acara berpasukan dressage dalam Sukan Asia 1998 di Bangkok, berkata atlet ekuestrian negara kini berada di Jerman bagi menjalani latihan serta menyertai beberapa kejohanan di sana sebagai persiapan ke Jakarta.
Pencapaian terbaik skuad ekuestrian negara dalam Sukan Asia ialah satu pingat perak dan dua gangsa menerusi Quzandria Nur Mahamad Fathil dan abangnya, Qabil Ambak Mahamad Fathil, dalam acara dressage individu serta dressage berpasukan pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Sementara itu, Abdul Azim berkata kesemua atlet ekuestrian yang mengambil bahagian dalam Sukan Asia kali ini adalah di bawah kategori A -- atlet akan diberikan tajaan penuh.
Bagaimanapun, perbelanjaan atlet kategori B itu akan dibayar semula sekiranya atlet persatuan sukan berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Abdul Azim berkata pasukan ekuestrian memohon MOM untuk membantu mereka bagi kos perbelanjaan pengangkutan untuk membawa kuda dari Eropah ke Jakarta dan pihaknya sedang meneliti permohohan itu kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
-- BERNAMA