Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Pemenang compound sedia hadapi saingan di Indonesia

memanah.jpg
Tiada ada masalah buat skuad memanah compound negara ke Sukan Asia Indonesia 2018 yang yakin memburu pingat tanpa kejohanan pemanas badan serta jurulatih sepenuh masa.

Cabaran seperti ini dalam skuad compound negara sudah sebati dalam cerita mereka memburu kejayaan -- ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad compound memenangi tiga daripada empat emas dipertandingkan dengan sentuhan jurulatih, Zaki Mahzan.

Tetapi, sehingga bermulanya kempen di Indonesia, mereka dibantu jurulatih skuad recurve, Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz.

Dikhabarkan mereka akan memperoleh khidmat jurulatih skuad Sukan SEA 2015, Adnan Ahmad, untuk membimbing mereka dalam Sukan Asia nanti.

"Dalam fasa akhir persiapan ini, kami kekurangan pertandingan untuk disertai tetapi ia tidak menghalang sasaran untuk meneruskan misi dalam Sukan Asia. 

"Kami kesuntukan masa, namun jurulatih lama semasa Sukan SEA 2015 di Singapura akan mengikuti perkembangan kami dan memberi kami panduan dalam Sukan Asia nanti," kata pemanah negara, Juwaidi Mazuki.

Hanya tiga emas dipertandingkan dalam Sukan Asia buat compound menerusi acara berpasukan lelaki, wanita dan campuran.

Juwaidi berkongsi pandangan menggalas harapan peminat sukan tanah air.

"Tidak kira sama ada acara berpasukan mahupun berpasukan campuran, kami ingin memastikan akan ada hasilnya.

"Kami tidak sasar emas, namun kami cuba meletakkan sasaran yang memberi ruang kepada kami untuk bernafas, iaitu empat terbaik," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video