Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia Nagoya: 'Acara regu wajib ada' -- Bekas pemain kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futraghani.jpg
Tidak pernah berlaku Sukan Asia tanpa acara regu. 

Bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Futra Ghani, terkejut dengan cadangan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Jepun, Shunichi Takeshita, yang membuat keputusan tidak mempertandingkan acara kegemaran. 

Ia selepas badan induk itu menghantar sepucuk surat yang menyatakan bahawa acara regu akan digantikan dengan acara double dalam kategori lelaki.

Jelas Futra, dia tidak bersetuju dengan keputusan itu oleh sebab ia melangkaui tradisi sukan sepak takraw yang sering menjadi kemuncak setiap saingan.




"Perlu selaras dengan kejohanan lain. Malah, di peringkat tempatan juga masih mengekalkan acara tersebut sejak pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). 

"Saya percaya di negara lain juga masih menganjurkan perkara sama dalam mana-mana kejohanan," kata pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010 itu. 

Terdahulu, Persekutuan Sepak Takraw Asia ASTAF dan Jawatankuasa Induk Pengelola Sukan Asia Nagoya (AINAGOC) telahpun meluluskan sebanyak enam pingat emas merangkumi acara regu berpasukan lelaki, quadrant lelaki, regu lelaki, regu berpasukan wanita, quadrant wanita dan doubles wanita.

Walaupun ia sekadar di peringkat cadangan, ia dianggap sebagai tindakan tidak wajar kerana perlu menghormati keputusan AINAGOC dan ASTAF.

"Sehingga hari ini, belum ada jawapan daripada pihak penganjur.

"Saya difahamkan, ASTAF sedang mengkaji tentang peraturan baru ini. 

"Saya berharap pihak-pihak tertentu memberikan justifikasi terbaik supaya acara ini dapat dikekalkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video