Pengurus skuad ekuestrian negara ke Sukan Asia Indonesia, Syed Omar Almohdzar, percaya persediaan berlatih di Eropah dapat menjadi sandaran buat wakil negara memburu pingat di temasya itu bulan depan.
Kali terakhir ekuestrian negara meraih pingat Sukan Asia ialah pada edisi 2010 Guangzhou menerusi kutipan satu perak dan dua gangsa, dengan salah seorang daripadanya, Qabil Ambak Mahamad Fathil, menjadi sandaran untuk saingan di Jakarta nanti.
Ketika ini, lima wakil negara sedang menjalani latihan di Eropah dan Syed Omar yang juga bekas atlet ekuestrian negara percaya ia memberi manfaat besar, khususnya dalam persembahan mereka.
"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Atlet semuanya berada di Eropah untuk menjalani latihan dan persiapan.
"Dalam Sukan Asia nanti, untuk acara dressage, ada seroang atlet, iaitu Qabil, manakala untuk show jumping ada empat atlet," katanya.
Syed Omar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.
Beliau juga yakin masalah membabitkan kuda tidak akan menjejaskan skuad negara kali ini seperti mana yang dialaminya ketika edisi 2014 Incheon.
Ketika itu, Syed Omar yang merupakan wakil tunggal negara dalam saingan show jumping tidak dapat mengambil bahagian kerana kudanya tidak mendapat pelepasan bahagian veterinar Korea Selatan.
"Tiada masalah setakat ini, cuma kami perlukan kesihatan kuda pada tahap yang baik untuk dibawa ke Jakarta.
"Buat masa ini tiada sasaran khusus tetapi selalunya ada satu atau dua pingat dalam setiap Sukan Asia yang disertai kami," katanya lagi.