Kejohanan Klasik Qatar menjadi medan terakhir untuk mengukur kemampuan sebelum skuad skuasy negara menggegar Sukan Asia Hangzhou 2022.
Ng Eain Yow berpendapat ini sebagai persiapan terbaik buat dirinya yang akan menentang pemain-pemain terbaik serata dunia agar dapat memastikan misi menyumbangkan emas tercapai.
Antara pemain ternama yang menyertai kejohanan tersebut, ranking ketiga terbaik dunia iaitu Ali Farag dari Mesir, Diego Elias (Peru) dan wakil England, Mohamed Elshorbagy, selain pemain wanita negara, S. Sivasangari.
"Ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan sebelum menghadapi Sukan Asia.
"Sudah semestinya kali ini kami akan menggalas tugas berat dan dengan segala kerja keras dan usaha yang telah dicurahkan, saya lebih suka menjadikan situasi ini sebagai motivasi," katanya di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Eain Yow yang merupakan pemain nombor 19 dunia turut berkongsi kegembiraan buat rakan sepasukannya, Sivasangari, yang diberi penghormatan sebagai Pembawa Jalur Gemilang dalam temasya di China kali ini bersama atlet berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom.
"Saya rasa ini satu penghormatan tinggi serta membuktikan betapa skuasy telah meraih pencapaian yang hebat memandangkan temasya ini adalah kejohanan terbesar bagi kami," katanya.