Keputusan untuk menukar jurulatih diharap dapat melonjakkan prestasi atlet lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi, menjelang Sukan Asia Indonesia, Ogos depan, apabila kini berada di bawah bimbingan Mohd Manshahar Abdul Jalil.
Iskandar sebelum ini berada di bawah bimbingan Teh Weng Chang sejak 2013 sebelum dia meminta agar ditukar program untuk berada di bawah bimbingan Manshahar sejak Selasa lalu sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia.
Begitupun, tegasnya, itu bukan bererti tunjuk ajar Weng Chang tidak berkesan, sebaliknya Iskandar hanya menginginkan nafas baru dalam latihan selain percaya kredibiliti Manshahar yang pernah melatih ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu.
Apatah lagi, prestasi yang ditampilkannya ketika ini tidak konsisten, khususnya dalam Sukan Komanwel Gold Coast bulan lalu apabila sekadar melepasi ketinggian 5.00 meter.
"Daripada segi perubahan (corak latihan) tidak banyak kerana asasnya saya sudah ada.
"Saya berpeluang memperbetulkan kekurangan daripada segi kepantasan dan lompatan. Malah, mungkin ada perubahan dalam program gimnasium juga," katanya.
Iskandar sedang menjalani persiapan utuk menghadapi Terbuka Vietnam pada Julai depan untuk cuba memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri, iaitu 5.31 meter, bagi memastikan namanya kekal dalam skuad negara untuk ke temasya Jakarta-Palembang nanti.
"Saya akan menyertai satu kejohanan menjelang Sukan Asia dengan melakukan catatan yang baik.
"Dari situ, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan membuat pertimbangan," tambahnya.