Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia 2018: Inisiatif Joshua kekalkan prestasi

joshua-koh-i-jie.jpg
Persediaan atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I-Jie, terhad apabila terpaksa berlatih bersendirian walaupun masih belum pasti sama ada Malaysia akan menghantar wakil ke Sukan Asia Indonesia 2018.

Setakat ini, dia masih belum mendapat sebarang keputusan rasmi adakah skuad lawan pedang negara bakal beraksi di Jakarta atau tidak.

Justeru, sebagai persediaan, dia tetap perlu berlatih seperti biasa walaupun secara bersendirian kerana tidak mahu melakukan persiapan pada saat-saat akhir.

Sukan Asia tetap menjadi keutamaan Joshua memandangkan Sukan SEA Kuala Lumpur adalah temasya terbesar terakhir yang disertainya dan adalah satu kerugian sekiranya Malaysia tidak menghantar wakil ke Jakarta nanti.

"Setakat ini yang saya tahu, Malaysia akan menghantar pasukan lawan pedang, namun belum dapat disahkan 100 peratus. 

"Untuk itu, saya akan meneruskan latihan seperti biasa. Jika ada sebarang perkembangan terbaru, kami akan dimaklumkan," katanya. 

Joshua bakal beraksi dalam Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan 2018 pada Sabtu ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Lawan Pedang Asia di Bangkok, Thailand, bulan depan.

"Dengan latihan singkat ini, saya berharap dapat mencapai keputusan memberangsangkan bagi mengukuhkan kedudukan dalam skuad Sukan SEA 2019," ujarnya lagi. 



 

Advertisement

Must Watch Video