Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, meraih pencetus motivasi terbaik menjelang Kejohanan Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lumut, Perak, bermula Rabu depan apabila mengatasi rakan sepelatih, Nauraj Singh, untuk menghuni ranking ke-27 dunia.
Ranking terbaru Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menyaksikan Hup Wei muncul wakil tunggal Malaysia yang menghuni senarai utama dunia.
Dia menduduki ranking ke-27 berbekal catatan 2.28 meter yang dilakukan ketika menyertai kejohanan di Canberra, Australia, Januari lalu.
Kejayaan itu menjadi pembakar semangat buatnya menjelang aksi Terbuka ATM yang juga merupakan kejohanan terakhirnya, musim ini.
"Kali ini mungkin saya akan melihat saingan sebagai satu sesi latihan. Saya mempersiapkan diri untuk tahun depan memandangkan akan berdepan dua kejohanan besar, iaitu Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia.
"Bagaimanapun, Kejohanan Dunia lebih penting," katanya.
Sementara itu, jaguh Qatar, Mutaz Essa Barshaim, menduduki tangga pertama dunia dengan catatan 2.40m.
IAAF menetapkan had ketinggian minimum 2.25m untuk semua atlet menghuni ranking dunia, sekali gus menjadi peluang terbaik buat Hup Wei dalam usaha melakukan penampilan sulung di pentas Kejohanan Dunia.
Ia disebabkan format kelayakan lompat tinggi hanya melibatkan 32 atlet yang berada dalam ranking terbaik dunia untuk layak ke Doha, tahun depan.
"Kalau diikut ranking, ia memudahkan urusan untuk melayakkan diri berbanding melalui proses kelayakan kerana had yang ditetapkan sangat tinggi," kata Hup Wei.