Selain daripada hadiah kemenangan yang meningkat ke RM20,000 buat juara, perubahan format pertandingan liga sepusingan antara kelainan yang menjadikan penganjuran Sooka Liga Super Bolajaring (NSL) musim ini lebih menarik.
Ia dijelaskan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alawiyah Talib, dan hal ini menambahkan lagi nilai penganjuran musim kedua oleh Astro Arena.
“Selain penglibatan pemain kebangsaan, kehadiran pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan.
"Bukan itu saja, malah terdapat pasukan yang akan menggunakan khidmat pemain import dan ia pasti menghangatkan lagi pertarungan.” katanya hari ini.
Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Astro Arena, Preman Parameswaran: "Kerajaan sudah membenarkan kemasukan penonton ke stadium, saya rasa ia satu kelebihan buat pemain dengan adanya sorakan."

Pertandingan yang memasuki edisi kedua itu akan diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, bermula 3 Jun hingga 26 Jun 2022 dengan melibatkan lapan pasukan lalu iaitu KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip.
Majlis perasmian dan pengenalan jersi hari ini turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, yang menyokong sepenuhnya usaha Astro memartabatkan sukan negara.
"Ia satu kelaianan dalam pendedahan dan peluang untuk menimba ilmu.
"Diharapkan pendedahan ini bukan sahaja dapat mempengaruhi peningkatan pemain, malah dapat meningkatkan minat terhadap liga," katanya pula.
Antara aksi menarik pada hari pertama Sooka NSL membabitkan Perak Phoenix menentang Negeri Sembilan Venom, Johor Jewels berentap dengan Kedah Sunshine diikuti KL Wildcats dan Melaka Mystic.
Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my untuk menonton Sooka NSL 2022 di stadium atau menontonnya secara langsung di Astro Arena dan Sooka.