Skip to main content

Bola Sepak

ACL2 pentas Kuching City angkat bola sepak Malaysia

bvbb
Advertisement

Kuching City mengintai kebangkitan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) apabila pengendalinya, Aidil Sharin Sahak, menegaskan perlawanan menentang Kitchee SC bukan sekadar misi memburu keputusan positif, sebaliknya peluang membuktikan kualiti bola sepak Malaysia.

Selain mahu menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat penyokong di Stadium Taha Ariffin, Aidil Sharin berkongsi berita baik dengan kembalinya kapten, James Okwuosa, untuk memperkukuh benteng The Cats menjelang pertemuan Kumpulan H.

Advertisement

"Kami mahu menghiburkan penyokong yang datang termasuk dari Sarawak.

"Barisan pemain sedar penting aksi di tempat sendiri dan meraih keputusan positif, agar mampu menarik lebih ramai peminat.

Advertisement

"Kami juga mahu mengharumkan nama Malaysia dan menunjukkan kualiti bola sepak ini.

"Ketua pasukan, James Okuowsa, juga memberi perkhabaran gembira kerana sudah pulih.

"Dengan tujuh pemain mendapat rehat secukupnya dan tiada isu kecederaan pasukan.

"Tanpa had menurunkan pemain import, kami mahu menurunkan barisan terbaik untuk perlawanan seumpama ini maka ini juga satu motivasi buat pasukan," katanya dalam sidang media hari ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video