Kem latihan selama tiga minggu di Sepanyol akan menjadi persiapan awal bagi dua atlet pelayaran, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Syazrin Mohd Latif, yang telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebaik sahaja menamatkan cabaran di pentas Sukan Asia 2018.
Khairulnizam dan Nur Syazrin, yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa Sukan Asia, muncul kumpulan pertama menempah slot ke temasya Olimpik Tokyo 2020.
Selain bakal berkampung di Enoshima, Jepun, tahun depan, mereka terlebih dahulu akan ke Sepanyol untuk berlatih bersama-sama pelayar terbaik Eropah bagi persiapan menyertai beberapa kejohanan di Australia, hujung tahun ini.
Masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran di Tokyo, Khairulnizam hanya ingin fokus dalam setiap kejohanan dan kem latihan yang dirangka.
"Saya harap perancangan yang diaturkan adalah lebih baik memandangkan kami layak dua tahun sebelum temasya.
"Saya harap perancangan ini mampu meningkatkan prestasi kami.
"Kami akan kembali berlatih sehingga Disember sebelum menyertai kejohanan di luar negara," katanya.
Skuad pelayaran negara, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) semalam, tertumpu kepada atlet muda berusia 16 tahun, Muhammad Fauzi Kaman Shah, selaku pemenang emas acara kelas terbuka laser 4.7.
Tiada rehat untuknya apabila harus bersedia untuk mengekalkan emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak bulan ini.
"Saya rasa berdebar kerana ini kali pertama saya meraih emas.
"Ia sesuatu yang mencabar buat saya.
"Ini kali ketiga saya akan menyertai Sukma, saya mahu memenangi emas," katanya.