Bekas kapten hoki negara, Datuk Sri Shanmuganathan, berharap dapat bertemu semula dengan skuad Piala Dunia 1975 selepas menjalani pembedahan saraf belakang yang menjejaskan pergerakannya sejak dua tahun lalu.
Shanmuganathan dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Kapten skuad Piala Dunia 1975 itu yang menyaksikan Malaysia meraih tempat keempat, disarankan lebih banyak berehat memandangkan usianya sudah mencecah 70 tahun.
"Keadaan saya semakin baik tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya," katanya.
Tangga keempat dalam Piala Dunia 1975 ialah pencapaian terbaik dalam sejarah hoki negara.
Selain Shanmuganathan, Malaysia ketika itu antara lain turut diwakili Datuk Poon Fook Loke, Brian Sta Maria, Franco D’Cruz, S. Balasingam dan penjaga gol, Khairuddin Zainal.
Menjelang separuh akhir Liga Dunia di London, England bulan depan, Shanmuganathan meramalkan pukulan sudut penalti akan menjadi penentu tiket ke Piala Dunia 2018.
"Perkara yang penting adalah setiap pengambil pukulan sudut penalti perlu memastikan percubaan mereka berakhir dengan gol bagi memastikan Malaysia cemerlang di London."