Skip to main content

Sukan Lain

Satu pertiga persatuan sukan tidak hantar laporan

kontinjen.jpg
Satu pertiga daripada persatuan sukan kebangsaan masih belum menghantar laporan, sama ada mengenai prestasi atlet dalam Sukan SEA Filipina atau cadangan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas lebih sebulan Sukan SEA melabuhkan tirainya, Majlis Sukan Negara (MSN) masih menantikan laporan daripada 12 persatuan sukan dan situasi itu menggambarkan cara kerja mereka dalam menguruskan program latihan dan atlet.

Kebanyakan mereka menggunakan cuti sambutan Hari Natal dan tahun baru sebagai alasan tetapi apabila sesuatu tarikh akhir ditetapkan, ia perlu dipatuhi.

Selain itu, daripada 10 persatuan sukan yang dipanggil untuk menyertai projek khas Sukan Olimpik Tokyo 2020, hanya tiga telah menghantar cadangan program latihan atlet masing-masing.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video