Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, meminta Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baru melaksanakan manifesto, terutama membabitkan sasaran pingat Sukan Asia Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Katanya, dalam usaha untuk melunaskan sasaran pingat, bantuan pakar psikologi terhadap atlet sangat penting.
"Kalau daripada segi ilmiahnya, sasaran pingat ini memberi tekanan kepada atlet tetapi ia sudah dibudayakan dalam sukan di Malaysia.
"ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya menggembleng lebih ramai pakar-pakar psikologi sukan supaya mereka dapat bekerjasama dengan persatuan dan jurulatih bagi membantu atlet.
"Ia dapat membantu mereka dalam mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan MOM," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Mohamad Faithal turut menyentuh isu berhubung pemilihan kontinjen negara yang dibawa ke mana-mana temasya sukan.
"Tiada ketelusan untuk pemilihan chef-de-mission bagi temasya sukan yang lepas, pemilihan pegawai untuk mengiringi atlet dan pemilihan atlet sendiri.
"Kalau kita lihat, ada kuasa yang sangat besar dalam MOM untuk pemilihan. Ia satu keadaan yang tidak sihat," katanya lagi.