Ketua Pegawai Operasi (COO) Human Voyage, Shahaizereen Abd Hamid, mengesahkan status perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tidak terjejas biarpun hanya menampilkan satu pasukan bertaraf profesional dunia.
Setakat ini, hanya pasukan NTT Pro Cycling dari Afrika Selatan yang berstatus profesional dunia telah mengesahkan penyertaan dalam LTdL 2020 dan penganjur masih menunggu jawapan daripada dua pasukan lain.
Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan status perlumbaan disebabkan jadual padat yang perlu dihadapi sepanjang tahun 2020.
Pasukan berkenaan perlu mengesahkan penyertaan mereka tiga hari sebelum perlumbaan bermula 6 Februari ini.
"Kami masih lagi menunggu keputusan daripada tiga pasukan jelajah dunia mengenai penyertaan mereka serta beberapa keputusan daripada pasukan dari Eropah yang turut dijangka menyertai LTdL kali ini," katanya.
Sementara itu, Shahaizereen menjelaskan dua lagi pasukan dari China, SSOIS Miogee Cycling Team dan Giant Cycling, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum meneruskan penyertaan mereka.
"Kami telah mengeluarkan satu peraturan baru dan menunggu maklum balas daripada dua pasukan China yang mahu beraksi dalam saingan kali ini."
Bagi musim 2020, Genting Malaysia menambah kerancakan apabila kali pertama memberi tajaan edisi sulung kriterium antarabangsa berjumlah RM5 juta.
Editor: Ammar Hakim