Pasukan projek bola baling Sabah mengungguli Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 selepas masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita, kelmarin.
Kejohanan anjuran Persatuan Bola Baling Sabah (SABHA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang berlangsung di Juara Sports Arena, Putatan, itu menyaksikan skuad lelaki Sabah menewaskan pasukan daripada Sarawak, FAM Union dengan kedudukan 11-6 di final.
Pasukan MJ Galaxy pula muncul pemenang tempat ketiga selepas menundukkan PBB KK 10-5 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu bagi kategori wanita, skuad projek Sabah terpaksa berhempas-pulas sebelum menang 5-4 terhadap pasukan PBB Sandakan pada aksi final.
Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Kalawon selepas menewaskan Kelab Bola Baling Wanita Nabalu 5-3 dalam playoff bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.
Terdahulu, pengarah kejohanan, Ag Ku Mohd Zulfadhli Pg Jaafar, berkata beliau puas hati dengan sambutan yang diterima daripada pasukan yang mengambil bahagian dan merancang untuk menjadikan kejohanan berkenaan sebagai acara tahunan.
"Kita juga akan berusaha menjadikan kejohanan ini lebih baik pada masa akan datang dan kita akan melakukan 'post morterm' bagi mengenalpasti kelemahan yang ada, seterusnya diperbaiki pada kejohanan akan datang," katanya.
Sebanyak 12 pasukan lelaki dan lapan pasikan wanita telah menyertai kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu.