'Laungan Sabah Nsoi' menghiasi Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, apabila kontinjen Sabah berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan selepas menuai 19 pingat emas, 22 perak dan 17 pingat gangsa.
Dengan menghimpunkan seramai 1,440 atlet murid yang bersaing dalam 106 acara, penganjuran tahun ini merupakan pencapaian paling cemerlang apabila mencatatkan sejarah dengan lakaran 26 rekod baru temasya sekali gus membuktikan tahap prestasi atlet semakin meningkat dan melangkaui had lama.
Kontinjen Sabah mempersembahkan prestasi dalam hari terakhir saingan dengan detik penentuan kejuaraan keseluruhan hadir pada saat akhir, sumbangan pingat emas dari kuartet 4x400m B-15 dan B-18 mengesahkan kejuaraan mereka mengatasi Selangor yang mengumpul 18 pingat emas, 14 perak dan 15 gangsa.
Pencapaian membanggakan itu turut menyaksikan kontinjen Sabah melakar enam rekod baru temasya.
Kejohanan Olahraga MSSM 2025 akan terus dikenang sebagai edisi yang penuh magis, bukan hanya kerana lambakkan rekod baru temasya berjaya dicatat, dan bukan sekadar pentas salam perkenalan buat jaguh pecut cilik negara.
Malah, kejutan apabila Anugerah Olahragawan buat julung kalinya disandang atlet berusia 12 tahun.