Hari yang penuh memenatkan buat atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, yang menghadapi dua perlumbaan akhir dalam masa satu hari.
Begitupun, kesungguhan luar biasa pelari berusia 27 tahun itu menghadiahkan pingat perak dalam final 200 meter (m) Terbuka Hong Kong dengan catatan 24.24 saat (s) walaupun keletihan menghadapi jadual padat.
Untuk makluman, Shereen adalah pemegang rekod 200m kebangsaan dengan masa 23.33s.
Pada hari sama, dia turut melangkah ke final 100m 20 minit selepas itu dengan mengakhiri perlumbaan di tempat keempat.