Atlet para elit negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, menjulang nama negara selepas dia dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018.
Anugerah berkenaan adalah anjuran Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) dalam memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet para yang cemerlang di Asia.
Dalam majlis yang berlangsung awal pagi tadi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ridzuan menerima anugerah berkenaan daripada Presiden APC, Majid Rashed, dan Presiden Majlis Paralimpik UAE, Mohamed Alhameli.
"Dik Wan rasa amat gembira menerima anugerah ini. Dan amat berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini kepada saya," katanya dalam status di laman Instagramnya.
Ridzuan atau lebih senang dengan panggilan Dik Wan dalam hantaran berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapanya yang sentiasa memberi sokongan untuk terus berjaya dan juga jurulatihnya, R. Jeganathan, serta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Dia mencipta rekod dunia dan juga rekod Sukan Para Asia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) ketika beraksi dalam Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.
Dalam temasya berkenaan, atlet yang berasal dari Perlis itu turut meraih dua lagi pingat emas melalui acara lompat jauh dan 400m kategori yang sama.
Ridzuan adalah pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.
-- BERNAMA