Skip to main content

Sukan Lain

Renang Terbuka Malaysia: Welson ungguli 200m gaya bebas

welson5518.jpg
Perenang negara, Welson Sim, memecahkan rekod kejohanan untuk meraih pingat emas acara 200m gaya bebas walaupun belum pulih daripada kecederaan buku lali dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu, yang meraih emas kedua selepas mengungguli 400m gaya bebas kelmarin, beraksi cemerlang dengan mencatat masa terpantas 1 minit 47.97 saat.

Welson mengalahkan pesaing terdekat dari India, Sajan Prakash, yang mencatat 1m 51.44s dan pingat gangsa milik atlet Selangor, Zheng Yang Yeap (1m 52.77s).

"Saya percaya ia adalah catatan terbaik. Ia boleh membawa saya ke final Sukan Komanwel Gold Coast sekiranya melakukannya (di sana)," katanya.

Welsom seterusnya akan menyertai acara 1,500m gaya bebas esok dan walaupun ia bukan acara kegemarannya, Welson dilihat mampu untuk meraih emas ketiganya dalam kejohanan itu.

Advertisement

Must Watch Video