Nama Yahya Bin Ahmad masih berbisik lembut di sudut sejarah sukan berbasikal negara sebagai seorang legenda yang pernah membawa panji Malaysia di pentas sukan tertinggi dunia.
Tahun demi tahun senja menyapa dengan ujian yang tidak mudah apabila masalah kesihatan yang semakin merosot, keupayaan fizikal yang kian terbatas dan beban kewangan yang kian menyesakkan dadanya.
"Tahun 1976 pemilihan Sukan Olimpik di Montreal, ada empat kali sesi ujian dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dan semuanya saya menjadi nombor satu.
"Keseluruhan saya menjadi nombor satu dan nama saya terpilih dalam empat pelumba terbaik Malaysia. Tetapi pihak kerajaan menghantar seorang dan saya yang dapat.
"Ketika itu jurulatih tiada, pengurus ada tetapi tinggalkan saya sebelum jurulatih dari Afrika Selatan yang melatih saya.
"Detik paling sedih apabila ingin berhenti dengan ramai orang mula panggil saya 'Kuda Tua', daripada itu saya terasa dan bersara pada usia 27 tahun." katanya dengan hiba.
Namun, inisiatif Projek Ramadan Astro Arena dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berjaya mengembalikan semula senyuman mekar dan gelak tawa yang pernah hilang dari raut wajahnya itu.
"Nasib ada YAKEB, walaupun susah mereka mencari wang, saya mahu ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan yang mengenalinya. Banyak yang sudah tiada dan itu membuatkan saya sedih." tambahnya lagi.