Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, mempersoalkan keputusan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, melaksanakan
penjenamaan semula Program Podium tanpa mendapat pandangan pakar.
Ayub menganggap keputusan Syed Saddiq itu bakal meletakkan tekanan kepada pihak persatuan dan meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) konsisten dengan setiap keputusan yang dilakukan untuk memberi tumpuan penuh kepada prestasi atlet negara.
Ayub menyuarakan padangan terhadap keputusan penjenamaan semula Program Podium yang tampak memberikan kuasa penuh kepada atlet negara.
"Daripada segi perancangan jangka masa panjang persatuan, kami mengharapkan KBS memerlukan dasar yang konsisten," kata Ayub.
Syed Saddiq semalam mengumumkan pelaksanaan semula Program Podium dan menghapuskan sistem tiering yang baru dilaksanakan Disember tahun lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, meminta KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama pihak persatuan sebelum mengumumkan keputusannya.
"MSN belum bertemu dengan pihak kami berkenaan cadangan dalam Program Podium kerana tidak semua atlet kami mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata Azmi.