Skip to main content

Sukan Lain

Presiden badan sukan dicekup, Syed Saddiq serah kepada SPRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syedsaddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, menyerahkan siasatan terhadap seorang presiden persatuan sukan yang disyaki menyalahgunakan kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak pasti tetapi telah mendengar perkhabaran salah seorang presiden (persatuan) sukan telah dipanggil oleh pihak SPRM," katanya.

"Saya berasakan dalam hal ini, kita beri ruang kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Saya pun tidak pasti apa tujuannya dan biar mereka uruskannya."

Menurut laporan Berita Harian, SPRM hari ini  menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk direman dan mahkamah membenarkan reman selama empat hari sehingga 2 Februari ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," katanya.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video