Skip to main content

Sukan SEA

Polo Air: Skuad wanita terlepas pingat gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2017-08-19-at-12-10-12.jpeg
MALAYSIA 1 INDONESIA 7 

Skuad polo air wanita negara terpaksa menerima hakikat apabila gagal untuk meraih pingat gangsa sesudah tewas kepada Indonesia 7-1, sebentar tadi.


Dalam pertembungan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil padi tadi, Malaysia berdepan Indonesia untuk merebut pingat gangsa.

Selepas tewas dalam dua perlawanan awal bertemu Thailand dan Singapura, Malaysia terus cuba untuk memperbaiki rekod mereka dengan harapan meraih kemenangan sulung dalam temasya dwitahunan ini.

Kesungguhan pasukan Malaysia dapat dilihat pada awal permainan apabila cuba memberikan tentangan kepada Indonesia, namun bolos di penghujung suku pertama hasil percubaan Siti Balkis.

Suku kedua menyaksikan Indonesia menjarakkan lagi kedudukan dengan tiga lagi jaringan untuk menjadikan kedudukan 4-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Gol tunggal Malaysia hadir pada suku ketiga perlawanan, namun ia gagal untuk dijadikan sebagai pemangkin untuk melakar kebangkitan.

Pada baki lapan minit terakhir perlawanan, Indonesia memastikan pingat gangsa milik mereka dengan menjaringkan tiga gol untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 7-1.

Advertisement

Must Watch Video